𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.
.
.
.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗦 𝗜𝗦𝗢 𝟵𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟱 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
.
Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 bagi Perkhidmatan Pengembangan telah dilaksanakan melibatkan 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐨𝐫 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝟐 iaitu 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐥𝐦𝐢 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 dan 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐬𝐨𝐫, serta turut disertai wakil daripada 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐢𝐝𝐞𝐤.
.
Pelaksanaan audit ini bertujuan memperkukuh sistem pengurusan kualiti, meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik dan berkualiti kepada pelanggan ![]()
.
Selesai sesi audit, delegasi turut mengadakan lawatan ke kebun pitaya milik Encik Liow Jeng Choon, penerima pensijilan myGAP di Kampung MIC.
.
Kebun seluas kira-kira 10 ekar tersebut menempatkan varieti pitaya isi merah, isi putih dan isi kuning yang diusahakan secara sistematik serta mematuhi amalan pertanian baik.
.
.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan











![]()
