Pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian

Pengauditan Dalam ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan Pertanian Negeri Johor dan PLPP Wilayah Selatan akan diadakan bermula pada 11 sehingga 14 Mei 2026.

Ucaptama sempena Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) selalu Wakil Pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Beliau mengalu-alukan kedatangan Pegawai Audit yang diketuai oleh Puan Maiza binti Che Aziz, Ketua Penolong Penolong Pengarah, BBT Kelantan bersama ahli kumpulan beliau iaitu :

i) Puan Muztakizah binti Mansor

ii) Encik George Karung Anak Barat

iii) Puan Aizam Salmi binti Abu Bakar

iv) Encik Adam bin Supu

v) Puan Nur’ Aqibah binti Ismail

vi) Encik Mohd Idhar Affendi bin Mohd Adnan

Pihak Jabatan yakin dengan kredibiliti dan ketelitian Pegawai Audit yang dilantik dapat menilai Perkhidmatan Pengembangan Jabatan Pertanian yang dijalankan sama ada diperingkat Negeri dan Daerah sepanjang tahun 2025 dan suku tahun pertama 2026 menepati kehendak dan keperluan di dalam Prosedur dan Manual Kualiti MS ISO 9001:2015.

Harapan pihak Jabatan agar perauditan yang dijalankan bermula hari ini dilihat sebagai satu sesi diagnosis kesihatan organisasi, dimana ketelusan kita penting dalam menjamin perkhidmatan Pengembangan Jabatan dapat memberi manfaat yang berterusan kepada golongan sasar.

Selamat menjalankan tugas kepada semua Pegawai Audit dan diharap semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang pragmatik sepanjang pengauditan dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *