Pejabat Pertanian Daerah Mersing
PERJUMPAAN BERSAMA PESAWAH DI SAWAH PADANG ENDAU
11 Mei 2026
Sawah Padang Endau, Mersing
Program ini merupakan salah satu pendekatan Pertanian Daerah Mersing dalam usaha memberi kesedaran serta meningkatkan kefahaman pesawah terhadap penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) dan langkah-langkah kawalan awal di peringkat sawah.
Dalam program ini juga telah diadakan sesi penyerahan Notis Kawalan Kemerebakan Penyakit BPB sebagai tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung penularan penyakit.
Selain itu, turut diadakan sesi taklimat berkaitan Pengurusan Penyakit BPB pada Peringkat Anak Benih, yang telah disampaikan oleh:
Puan Marzia binti Mat Zain
Pegawai Pertanian
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor
Majlis turut dihadiri oleh:
Puan Hajah Zaiti Akmal binti Dahlan
Pegawai Pertanian Kuasa Usaha
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor
Semoga melalui pendekatan ini, para pesawah lebih cakna terhadap risiko penyakit BPB serta dapat mengamalkan langkah kawalan yang lebih berkesan bagi memastikan hasil padi yang berkualiti dan mampan. ![]()






