𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆🎊

.

.

.

𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐎𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓

.

Pejabat Pertanian Daerah Kluang menampilkan kejayaan pelaksanaan Pertanian Komuniti di Kampung Abdul Rahman Yassin yang mengaplikasikan pendekatan pertanian moden dan bersepadu.

.

Komuniti ini terdiri daripada pesara kerajaan yang aktif mengusahakan pertanian secara produktif dengan memanfaatkan pengalaman serta bimbingan teknikal yang diberikan.

.

Inisiatif ini melibatkan penggunaan sistem fertigasi dan hidroponik solar serta pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan tanaman dan kualiti hasil.

.

Selain itu, pembangunan plot tanaman secara tersusun turut dilaksanakan bagi memaksimumkan penggunaan kawasan.

.

Menariknya, sumber air bagi tanaman diperoleh daripada sumber semula jadi di Gunung Lambak, sekali gus menyokong kelestarian dan kecekapan pengurusan sumber.

.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pertanian komuniti mampu dilaksanakan secara sistematik, berdaya maju serta menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi dan keterjaminan makanan.

.

👉 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒕𝒐𝒏𝒕𝒐𝒏 𝒍𝒊𝒑𝒖𝒕𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝒑𝒂𝒖𝒕𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒖𝒕:

🔗 [ https://youtu.be/–aKBtDmI2Q?si=fp5F0rrHogAB_tXB ]

.

.

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

#MajuJohor

#petanimaju

#PertanianModen

#pertaniankomuniti

#PertanianLestari

#kampungabdulrahmanyassin

#myDOA

#doajohor

#jabatanpertanianmalaysia

#JabatanPertanianNegeriJohor

#pejabatpertaniandaerahkluang

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *