𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
.
.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Penjara Kluang ke Pejabat Pertanian Daerah Kluang sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi.
.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta meneroka potensi kolaborasi dalam bidang pertanian, khususnya melibatkan program pemulihan dan pembangunan kemahiran kepada penghuni penjara melalui aktiviti pertanian.
.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut berbincang berkaitan peluang pelaksanaan projek pertanian yang berpotensi memberi manfaat dari segi pembangunan kemahiran, peningkatan produktiviti serta sokongan kepada agenda keterjaminan makanan.
.
Pejabat Pertanian Daerah Kluang amat mengalu-alukan kerjasama strategik seperti ini dalam usaha memperluaskan peranan sektor pertanian sebagai medium pembangunan komuniti.
.
.
.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan


