Pejabat Pertanian Daerah Mersing

🌿 SEKITAR SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KECERIAAN PEJABAT 2026 🌿

Alhamdulillah, sesi penilaian Pertandingan Keceriaan Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Pertanian Daerah Mersing pada hari ini.

Kehadiran panel penilai telah memberi suntikan semangat kepada seluruh warga pejabat untuk menampilkan persekitaran kerja yang lebih ceria, kemas dan kondusif 🌼✨

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penilai atas kesudian hadir serta segala pandangan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua warga Pejabat Pertanian Daerah Mersing atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan persediaan berjalan lancar 💪

Semoga usaha ini dapat diteruskan dalam membudayakan suasana kerja yang lebih produktif, harmoni dan berkualiti.

#PertanianMersing

#PPMG2026

#PertandinganPPMG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *