Pejabat Pertanian Daerah Mersing
MESYUARAT PENGEMBANGAN PERTANIAN DAERAH BIL. 2/2026
14 April 2026
Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Mesyuarat Pengembangan Pertanian Daerah Bil. 2/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pegawai dan kakitangan bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan aktiviti pengembangan di daerah Mersing.
Perbincangan turut merangkumi usaha memperkukuh pelaksanaan program pengembangan, meningkatkan produktiviti hasil pertanian serta memastikan sokongan berterusan kepada para petani tempatan.
Diharapkan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan ke arah memperkasa dan memajukan sektor pertanian di daerah Mersing. ![]()






