𝟏𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍, 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐀𝐑
Sesi Libat Urus diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Naning, Muar, Johor. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd menghadiri program tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato’ Zahari Sarip bersama Ketua Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di negeri Johor.
Majlis turut dihadiri oleh ADUN Bukit Naning, YB Datuk Haji Mohd Fuad Tukirin serta pengarah-pengarah jabatan terilbat dan kakitangan Jabatan Pertanian Daerah Muar.
Program dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan antara pihak kerajaan dan warga tani setempat di samping menjadi platform penyampaian maklumat, perkongsian dasar serta inisiatif terkini kerajaan dalam sektor pertanian. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada para petani untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta isu-isu yang dihadapi agar dapat diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkaitan.
Dalam majlis ini juga YB Dato EXCO telah menyampaikan instentif kepada para petani :
1. Traktor Mini 4 Roda (2 penerima)
2. Drone Kerja DJI T25 (3 penerima)
3. ATV 250cc berserta implemen (8 penerima)
4. Kereta Sorong Bermotor (11 penerima)
5. Fertigasi Para (4 penerima)
6. Set Fertigasi Terbuka 100 polibeg (2 penerima)
Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disampaikan pada hari ini adalah RM 669,755.00
Tahniah diucapkan kepada para penerima insentif. Semoga insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat membantu meningkatkan produktiviti hasil mereka.
Diharapkan juga melalui penganjuran program seumpama ini, segala perancangan dan pelaksanaan program pembangunan pertanian dapat diperkasa secara lebih efektif demi meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan warga tani di Daerah Muar khasnya dan Negeri Johor amnya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





































