PEJABAT PERTANIAN DAERAH PONTIAN

13 April 2026 ISNIN

Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah menyertai Pertandingan Kecerian Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2026 pada hari ini.

Sesi penjurian diketuai oleh barisan juri jemputan dari Pejabat Landskap Negeri Johor LAr.Zulkufli Bin Ibrahim ( Ketua Juri ), Puan Juliana Binti Muhammad Fahmi dari Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan Puan Marissa Darlingka Binti Kassim dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ).

Pertandingan Keceriaan Pejabat ini diadakan antaranya bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersesuaian dan selesa untuk bekerja serta melahirkan rasa kecintaan dengan pejabat masing-masing. Selain itu, penjurian ini memberi pengiktirafan kepada pejabat yang sentiasa berusaha dalam meningkatkan keberkesanan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Ribuan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Pontian atas kerjasama yang diberikan bagi membuat persiapan sebelum dan selepas pertandingan berjalan.

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Yang Berhormat Dato’ Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *