Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

13hb April 2026 ( Isnin )

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menyertai Pertandingan Kecerian Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2026 pada hari ini.

Sesi penjurian diketuai oleh barisan juri jemputan dari Pejabat Landskap Negeri Johor LAr.Zulkufli Bin Ibrahim ( Ketua Juri ), Puan Juliana Binti Muhammad Fahmi dari Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan Puan Marissa Darlingka Binti Kassim dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ).

Pertandingan Keceriaan Pejabat ini diadakan antaranya bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersesuaian dan selesa untuk bekerja serta melahirkan rasa kecintaan dengan pejabat masing-masing. Selain itu, penjurian ini memberi pengiktirafan kepada pejabat yang sentiasa berusaha dalam meningkatkan keberkesanan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Ribuan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan bagi membuat persiapan sebelum dan selepas pertandingan berjalan.Anda semua hebat..

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *