𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
.
𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐌 ![]()
![]()
![]()
.
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 9 April 2026
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢 : Cheong Kok Chaw
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭: Lucky Garden
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 : Lot 2316, Sungai Sayong, Renggam
𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 : 15 ekar
𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 : Durian D197 & D200
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐏𝐓 : En. Nuh bin Ishak
.
Satu siasatan telah dijalankan susulan aduan serangan gajah liar yang menceroboh kawasan kebun sehingga menyebabkan kerosakan pada tanaman.
.
Kejadian ini bukan sahaja menjejaskan hasil pertanian, malah berpotensi mengakibatkan kerugian kepada pengusaha jika tidak dikawal.
.
Dalam masa yang sama, Agen Pengembangan Pertanian (APT) telah memberi pendedahan kepada petani mengenai tatacara permohonan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
.
Orang ramai, khususnya petani, dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan kebun, mengelakkan sebarang interaksi dengan haiwan liar, serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kehadiran gajah.
.
Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan serta kelangsungan aktiviti pertanian di kawasan ini.
.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan













