𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN TANI TAHUN 2026
Tajuk : Seni Landskap Terrarium
Tarikh : 08 & 09.04.2026 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Bertempat : Bilik Syarahan dan Tapak Pembelajaran Nurseri Bungaan
Penglibatan peserta : 15 orang
Dirasmikan oleh : Encik Samat bin Md Yusof
Penceramah : En. Muhammad Najib bin Norhalim
Ini adalah kursus pertama Usahawan Tani untuk takwim tahun 2026. Kursus ini juga adalah tahun kedua dianjurkan. Seni Landskap Terrarium ini mempunyai peminatnya tersendiri.
Seni landskap terrarium ialah seni mengatur tanaman, tanah, dan hiasan mikro dalam bekas kaca lutsinar untuk mencipta ekosistem mini yang indah dan terapeutik. Ia adalah penyelesaian hijau yang ideal untuk ruang terhad, membolehkan elemen alam dibawa ke dalam rumah atau pejabat. Terrarium menggabungkan lumut, bebola leca, arang, dan tanah untuk mencipta landskap miniature yang menenangkan.
Kelebihan dan Ciri-ciri Seni Terrarium:
Landskap Miniatur: Mencipta taman kecil atau landskap lumut dalam bekas.
Terapi Minda: Rutin menghias landskap mini ini boleh bertindak sebagai terapi melepaskan tekanan.
Hiasan Ruang Terhad: Sesuai untuk pejabat atau kediaman yang tidak mempunyai ruang tanah.
Ekosistem Mandiri: Kebanyakan terarium (terutamanya tertutup) mengekalkan kelembapan sendiri, menjadikannya mudah dijaga.
Bahan Utama: Menggunakan bebola leca (clay balls), arang, lumut, tanah organik, dan bekas kaca.
Terdapat 2 jenis iaitu Terrarium terbuka dan Terrarium tertutup.
Tahniah diucapkan kepada peserta yang terpilih.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






























