𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 🩺🩺

.

.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀𝐆𝐍𝐎𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐀𝐏𝐓) 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆

.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 8 April 2026

𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 : H.S.(M) 46, Lo 616, Mukim Layang-Layang

𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢 : Woo Kean Yew

𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭: Rising Sun Agritech Sdn Bhd

𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 : Kacang Panjang

𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 : 𝑀𝑢𝑔𝑏𝑒𝑎𝑛 𝑌𝑒𝑙𝑙𝑜𝑤 𝑀𝑜𝑠𝑎𝑖𝑐 𝑉𝑖𝑟𝑢𝑠

𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐏𝐓 : En. Nuh bin Ishak

.

Satu lawatan diagnostik tanaman telah dijalankan di kebun seluas 35 ekar milik Encik Woo Kean Yew daripada Syarikat Rising Sun Agritech Sdn. Bhd. yang mengusahakan tanaman kacang panjang di H.S.(M) 46, Lot 616, Mukim Layang-Layang.

.

🔍 .Serangan 𝑀𝑢𝑔𝑏𝑒𝑎𝑛 𝑌𝑒𝑙𝑙𝑜𝑤 𝑀𝑜𝑠𝑎𝑖𝑐 𝑉𝑖𝑟𝑢𝑠 boleh berlaku tanpa disedari dan mampu menjejaskan pertumbuhan serta hasil tanaman serta berpotensi menjejaskan kualiti dan produktiviti tanaman.

.

𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧:

🔸 Disebarkan oleh serangga seperti 𝐵𝑒𝑚𝑖𝑠𝑖𝑎 𝑡𝑎𝑏𝑎𝑐𝑖 (𝑤ℎ𝑖𝑡𝑒𝑓𝑙𝑦/𝑘𝑢𝑡𝑢 𝑝𝑢𝑡𝑖ℎ)

🔸 Turut dikaitkan dengan kehadiran 𝑁𝑒𝑝ℎ𝑜𝑡𝑒𝑡𝑡𝑖𝑥 𝑣𝑖𝑟𝑒𝑠𝑐𝑒𝑛𝑠 (𝑔𝑟𝑒𝑒𝑛 𝑙𝑒𝑎𝑓ℎ𝑜𝑝𝑝𝑒𝑟) sebagai pembawa dari pokok ke pokok

.

𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧:

🔸 Daun kekuningan (𝑐𝑜𝑟𝑎𝑘 𝑚𝑜𝑠𝑎𝑖𝑘 𝑘𝑢𝑛𝑖𝑛𝑔-ℎ𝑖𝑗𝑎𝑢) walaupun pembajaan mencukupi

🔸 Daun menjadi kerinting, mengecil dan pertumbuhan pokok terbantut

🔸 Penghasilan bunga dan buah berkurangan atau tidak menjadi

.

💡 Susulan itu, khidmat nasihat daripada Agen Pengembangan Tanaman (APT) serta cadangan kawalan telah diberikan bagi membantu petani mengurus masalah ini dengan lebih berkesan.

.

🌿 Lawatan seperti ini penting bagi memastikan tanaman sentiasa sihat, hasil berkualiti dan pengeluaran pertanian terus meningkat.

.

📌 𝑃𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑝𝑎𝑛𝑡𝑎𝑢, ℎ𝑎𝑠𝑖𝑙 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡!

.

#PertanianMaju

#KhidmatNasihat

#PetaniBerjaya

#Agroteknologi

#myDOA

#doajohor

#jabatanpertanianmalaysia

#JabatanPertanianNegeriJohor

#KementerianPertaniandanKeterjaminanMakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *