𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐅𝐎𝐑𝐌 𝐁𝐈𝐃𝐅𝐑𝐄𝐒𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Syarikat Bidfresh yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan telah hadir memberikan taklimat berkaitan Platform Bidfresh. Turut hadir sama En Whanmugilan A/L Sithambaram, Ketua Pegawai Eksekutif Bidfresh Sdn Bhd.
Lebih daripada 100 orang petani telah hadir dalam taklimat berkaitan aplikasi platform pertanian kontrak digital dan padanan yang disediakan oleh pihak syarikat dalam membantu petani untuk mendapatkan padanan kontrak yang sesuai dengan jenis tanaman yang diusahakan.
Pada masa kini pengusaha tanaman berdepan dengan cabaran :
1. Harga turun naik mengikut orang tengah
2. Lambakan hasil
3. Keuntungan hasil jualan semakin mengecil
Pihak syarikat menyediakan Model Padanan Berlandaskan Permintaan (Buyer-Driven Matching) dimana petani dipadankan dengan pembeli mengikut jumlah pengeluaran, gred pengeluaran dan tempoh penghantaran dalam usaha mendapatkan petani harga tetap.
Turut serta dalam taklimat ini Tn Hj Yosri Bin Moh Pengarah Pertanian Johor, En Mohd Hafiz Bin Ramly Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Pegawai-Pegawai Pertanian Daerah dan pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan


















