Pejabat Pertanian Daerah Mersing

🌾 Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor ke Sawah Daerah Mersing

📍 Sawah Air Papan dan Padang Endau, Mersing

📅 6 April 2026

Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor ke kawasan Sawah Air Papan dan Padang Endau bagi meninjau perkembangan semasa tanaman padi serta isu-isu yang dihadapi oleh pesawah setempat.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah keperluan pembangunan sawah, di mana perbincangan tertumpu kepada keperluan infrastruktur dan sokongan bagi permohonan projek pembangunan pada masa akan datang.

Selain itu, turut dibincangkan isu penyakit BPB (Bacterial Panicle Blight) yang menjejaskan hasil padi serta cadangan langkah kawalan dan pencegahan.

👥 Pegawai yang terlibat:

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor

• Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman

• Unit Tanaman Padi, Tanaman Industri dan Florikultur

Pejabat Pertanian Daerah Mersing

• Pegawai Pertanian Daerah

• Bahagian Pembangunan Industri Tanaman

• Agen Pengembangan Tanaman (APT)

Unit Teknikal

• Ketua Penolong Pengarah K/U

• Unit Kejuruteraan Pertanian

🤝 Diharapkan lawatan ini dapat membantu merangka tindakan susulan yang lebih berkesan dalam meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan pesawah di daerah Mersing.

#PertanianMersing

#PPMG2026

#LawatanPPMG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *