PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
Hari ini (31.03.2026) adalah hari terakhir perkhidmatan Tuan Haji Hamka bin Arpan, (Pen. Peg. Pertanian G6) yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Operasi di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang.
Beliau memilih pilihan bersara pada umur 56 tahun dan sudah berkhidmat selama 32 tahun di Jabatan Pertanian Negeri Johor. Sudah tentu banyak jasa dan pengorbanan telah dicurahkan sepanjang perkhidmatannya.
Beliau seorang yang mudah memberi tunjuk ajar, periang, dan penghibur kepada rakan-rakan sekerja. Sememangnya, kehilangan beliau akan dirasai oleh semua staf yang mengenalinya.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Hamka bin Arpan dan selamat menjalani alam persaraan dengan jaya bersama keluarga tersayang. Semoga apa yang dirancang dan dicitakan tercapai bila bersara nanti.
Akhir kata, terimalah pantun dari kami,
“Bunga melati harum semerbak,
Harumnya sampai ke hujung taman.
Terima kasih rakan sejawatan,
Kenangan kita kekal dalam ingatan.
Padi menguning di bendang sawah,
Dipetik orang di hujung hari.
Meskipun jauh membawa arah,
Kenangan indah tetap di hati.
Layar berlabuh di teluk nan damai,
Angin bertiup membawa awan.
Perpisahan ini bukanlah selamanya,
Persahabatan kita kekal berzaman.
Burung nuri terbang tinggi,
Hinggap sebentar di dahan rendang.
Meski berpisah takdirnya kini,
Persahabatan ini tetap berpanjangan”
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor





