تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Walillah ilham
Aidiilfitri merupakan hari kemenangan kita setelah sebulan kita diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian dalam menjalankan ibadah kewajipan kita iaitu berpuasa.
Kesempurnaan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga ini diukur dari sudut kesabaran, ketaqwaan, keredhaan serta keikhlasan kita disetiap saat dan waktu sepanjang Ramadan yang penuh berakah.
Ruang waktu yang diberikan dalam bulan Ramadan adalah sangat berharga dimana keberkatan pahala berganda dalam setiap ibadah yang dilakukan merupakan satu hadiah buat umat Islam yang memanfaatkannya.
Semoga segala ibadah yang kita lakukan dan sempurnakan diterima oleh Allah SWT dan kita diberi peluang untuk berjumpa di Ramadan yang akan datang hendakNya. Amin ya Robbal Alamin….
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ucapan Ikhlas dari :
Tuan Haji Yosri bin Mohd
Pengarah Pertanian Negeri Johor
Serta Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pertanian Negeri Johor.
