PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
PERJUMPAAN KETUA PUSAT PERTANIAN AYER HITAM BERSAMA SEMUA STAF
Tarikh : 18.03.2026 ( Rabu)
Bertempat : Bilik Mesyuarat Jasmine PPAH
Penglibatan : Semua staf
Pengerusi : Encik Samat bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan b/p Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam)
Telah berlangsungnya perjumpaan semua staf pada hari ini yang dipengerusikan oleh Encik Samat bin Md Yusof.
Beberapa amanat, nasihat dan perancangan diperbincangkan bersama untuk kemajuan dan kemerlangan Pusat Pertanian Ayer Hitam. Sedikit buah tangan berbentuk kuih raya juga diberi kepada semua staf.
Ucapan terima kasih dan selamat bersara juga dizahirkan kepada Tuan Haji Hamka bin Arpan (Ketua Bahagian Operasi) dan Encik Hashim bin Abdullah (Pembantu Khidmat Am).
Beliau juga berharap semua staf menjaga diri dan keluarga sempena lebaran ini.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor









































