JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI 24 MAC INI
Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Selasa, 24 Mac 2026 sebagai Hari Cuti Ganti berikutan Hari Kelepasan Am Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang jatuh pada Isnin, 23 Mac 2026.
Hari Cuti Ganti ini juga mengambil kira 2 Syawal 1447H (Ahad, 22 Mac 2026) serta selaras dengan edaran surat Hari Kelepasan Am Negeri Johor Darul Taβzim bagi Tahun 2026. Justeru itu, hari bekerja akan bermula semula pada Rabu, 25 Mac 2026.
Sumber dari : MEDIA DIGITAL JOHOR
