πŠπ„π“π‘π€πŒππˆπ‹π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π πƒπ˜π€πŒ ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŒπ„πŒπ€π‚π” π’π„πŠπ“πŽπ‘ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

DYAM Pemangku Sultan Johor secara konsisten menekankan kepentingan pembangunan ekonomi negeri sebagai teras kemajuan Johor. Hasil daripada pandangan jauh serta penekanan DYAM Tunku terhadap pembangunan ekonomi negeri melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik, Johor telah mencatatkan pertumbuhan KDNK tertinggi dalam negara. Johor telah melakar sejarah apabila mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam Malaysia (2025), dengan nilai mencecah RM110 bilion.

Sektor pertanian Johor turut melonjak maju seiring dengan sektor-sektor utama yang lain. Johor bukan sahaja kekal sebagai peneraju sektor pertanian negara dengan nilai jualan tertinggi mencecah RM27.2 bilion, malah turut menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK pertanian Malaysia sebanyak 17.3 peratus. Prestasi ini diperkukuh lagi dengan nilai eksport produk pertanian sebanyak RM23.96 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2024, selain mengungguli sektor agromakanan melalui nilai jualan Industri Asas Tani (IAT) sebanyak RM348 juta, iaitu 29 peratus daripada keseluruhan negara. Secara keseluruhannya, Johor kekal sebagai penyumbang utama kepada aspek keterjaminan makanan negara.

Johor kini semakin progresif hasil daripada hubungan yang erat antara institusi diraja, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan seluruh Bangsa Johor.

Insya-Allah, dengan kepimpinan, panduan dan sokongan berterusan DYAM Pemangku Sultan Johor, negeri Johor akan terus memacu kemakmuran dan mencapai agenda negeri maju menjelang tahun 2030.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

Allah Selamatkan Sultan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *