PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR | DUN SEROM | BANTUAN TUNAI ONE-OFF FASA 3 (PETANI AGROMAKANAN)
Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Serom
Telah Berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor β Fasa 3 (DUN Serom) dengan lancar dan penuh jayanya. Majlis penyerahan ini telah di sampaikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa Binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
Alhamdulillah, bantuan tunai Fasa 3 ini telah disampaikan kepada penerima yang layak dengan penuh lancar dan jayanya. Penyerahan bantuan ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan para petani agromakanan.
Bantuan ini diharapkan mampu memberi manfaat yang nyata dan menjadi dorongan kepada penerima untuk terus meningkatkan hasil pertanian serta memajukan sektor agro makanan di Negeri Johor.
Turut disampaikan juga bantuan kasih johor kepada penternak. Melibatkan jabatan seperti Jabatan Veterinar yang bersama – sama menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas komitmen dan keprihatinan berterusan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat Negeri Johor sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga usaha ini terus membawa keberkatan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Zahari Sarip
#MediaDigitalJohor#doajohor#MajuJohor#PertanianJohor#myDOA#PejabatPertanianDaerahTangkak#PPDT





















