KOTA ISKANDAR, 6 Mac 2026 – Urusan persaraan Puan Hanita binti Hashim, Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 yang bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor di bawah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman akan bersara pilihan mulai 10 Jun 2026 pada usia 60 tahun.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi puan kami tak lupa.
Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Selamat Menikmat Alam Persaraan.






