Pejabat Pertanian Daerah Mersing
BANTUAN TUNAI RM200 KEPADA PETANI AGROMAKANAN DUN TENGGAROH FASA 3.0 (SESI 2)
Tarikh: 9 Mac 2026
Tempat: Dewan Terbuka Felda Tenggaroh 3
Penyerahan bantuan tunai berjumlah RM200 kepada petani agromakanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Tenggaroh.
Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban para petani serta menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.
Selain itu, pengagihan juadah berbuka puasa turut dijalankan oleh beliau bersama para penerima bantuan sebagai tanda keprihatinan kepada komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat serta keberkatan kepada semua. ![]()











