PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR | DUN TANGKAK | BANTUAN TUNAI ONE-OFF FASA 3 (PETANI AGROMAKANAN)

πŸ“… Tarikh: 09 Mac 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 3.00 Petang

πŸ“ Tempat: Dewan Putra, Padang Lerek, Tangkak

Telah Berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor – Fasa 3 (DUN Tangkak) dengan lancar dan penuh jayanya. Majlis penyerahan ini telah di sampaikan oleh Ybhg Datuk Abdull Rahim Bin Talib, Penyelaras Khas Dun Tangkak.

Alhamdulillah, bantuan tunai Fasa 3 ini telah disampaikan kepada penerima yang layak dengan penuh lancar dan jayanya. Penyerahan bantuan ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan para petani agromakanan.

Bantuan ini diharapkan mampu memberi manfaat yang nyata dan menjadi dorongan kepada penerima untuk terus meningkatkan hasil pertanian serta memajukan sektor agro makanan di Negeri Johor.

Turut disampaikan juga bantuan kasih johor kepada penternak, dan pemain industri nanas dun tangkak. Melibatkan jabatan dan agensi seperti Jabatan Veterinar, serta pejabat LPNM daerah yang bersama – sama menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas komitmen dan keprihatinan berterusan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat Negeri Johor sentiasa menjadi keutamaan.

Semoga usaha ini terus membawa keberkatan dan manfaat kepada masyarakat setempat.

Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

MEDIA DIGITAL JOHOR

#MediaDigitalJohor#doajohor#MajuJohor#PertanianJohor#myDOA#PejabatPertanianDaerahTangkak#PPDT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *