Pejabat Pertanian Daerah Mersing

📌 BANTUAN TUNAI RM200 KEPADA PETANI AGROMAKANAN DUN ENDAU FASA 3.0

📅 Tarikh: 6 Mac 2026

📍 Tempat: Dewan Terbuka Tenglu Laut

Penyerahan bantuan tunai berjumlah RM200 kepada petani agromakanan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Youzaimi bin Haji Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Endau.

Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban para petani di samping menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Selain itu, program tazkirah Ramadan dan majlis berbuka puasa turut diadakan bersama para penerima bantuan bagi mengeratkan silaturahim antara pihak penganjur dan komuniti petani.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat serta keberkatan kepada semua.

🌾

#PertanianMersing

#PPMG2026

#BKJ3

#DUNEndau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *