PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK
BINGKISAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR | DUN GAMBIR | BANTUAN TUNAI ONE-OFF FASA 3 (PETANI AGROMAKANAN)
Tarikh: 05 Mac 2026 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Dewan Muafakat Bukit Gambir
Telah Berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor β Fasa 3 (DUN Gambir) dengan lancar dan penuh makna. Majlis penyerahan ini telah di sampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan Bin Jani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.
Alhamdulillah, bantuan tunai Fasa 3 ini telah disampaikan kepada penerima yang layak dengan penuh tertib dan lancar. Penyerahan bantuan ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan para petani agromakanan.
Bantuan ini diharapkan mampu memberi manfaat yang nyata dan menjadi dorongan kepada penerima untuk terus meningkatkan hasil pertanian serta memajukan sektor agro makanan di Negeri Johor.
Turut disampaikan juga bantuan kasih johor kepada penternak, nelayan, pesara polis, dan pegawai masjid/surau dun gambir. Melibatkan jabatan dan agensi seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan, pihak PDRM serta MAINJ Daerah Tangkak yang bersama – sama menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas komitmen dan keprihatinan berterusan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat Negeri Johor sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga usaha ini terus membawa keberkatan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MediaDigitalJohor#doajohor#MajuJohor#PertanianJohor#myDOA#PejabatPertanianDaerahTangkak#PPDT




















