PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR | DUN BUKIT KEPONG | BANTUAN TUNAI ONE-OFF FASA 3 (PETANI AGROMAKANAN)

πŸ“… Tarikh: 07 Mac 2026 (Sabtu)

⏰ Masa: 3.00 Petang

πŸ“ Tempat: Kompleks Penghulu, Bukit Serampang

Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor – Fasa 3 (DUN Bukit Kepong) telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna. Majlis penyerahan ini telah di sampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Syar’e Bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong.

Alhamdulillah, bantuan ini telah berjaya disampaikan kepada para penerima yang layak sebagai usaha meringankan beban dan membantu keperluan harian rakyat. Senyuman dan rasa syukur para penerima menjadi bukti bahawa setiap sumbangan amat bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas komitmen dan keprihatinan berterusan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat Negeri Johor sentiasa menjadi keutamaan.

Semoga usaha ini terus membawa keberkatan dan manfaat kepada masyarakat setempat.

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

MEDIA DIGITAL JOHOR

#MediaDigitalJohor#doajohor#MajuJohor#PertanianJohor#myDOA#PejabatPertanianDaerahTangkak#PPDT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *