𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 3.0 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 3.0 kepada petani agromakanan Daerah Kulai telah berlangsung dengan jayanya di 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶.
Majlis ini telah disempurnakan oleh 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗝𝗮𝗳𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗼𝗿, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut hadir ialah 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮 𝗘𝗻. 𝗙𝗶𝘇𝘄𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗷. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗮𝘀𝗵𝗶𝗱, Pegawai Daerah Kulai, 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗡𝗼𝗿’𝗮𝘇𝗺𝗶, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai serta 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵,, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.
Dalam majlis ini, YB turut berbesar hati menyampaikan sendiri bantuan kepada para penerima serta meluangkan masa beramah mesra bersama mereka. Program diteruskan dengan sesi berbuka puasa bersama sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan antara pihak kerajaan dan komuniti petani.
Seramai 3,159 penerima telah menerima manfaat daripada bantuan yang disalurkan bagi menyokong dan memperkukuhkan sektor agromakanan di Daerah Kulai.
.
Kami seluruh warga Pejabat Pertanian Daerah Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan serta sokongan berterusan dalam menyalurkan bantuan kepada para petani agromakanan di negeri ini.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









































