Program Memasak Bubur Lambuk Anjuran Southern Volunteers.

Kemeriahan dalam bekerjasama bagi mengeratkan silaturahim antara setiap jabatan telah terbukti didalam program Memasak Bubur Lambuk anjuran Southern Volunteers Negeri Johor.

Pelbagai jabatan dari seluruh tenaga kerja di Kota Iskandar telah dijemput bagi memeriahkannya. Seramai 10 orang peserta wakil dari setiap jabatan telah menyemarakkan semangat kerjasama berpasukan ini.

Jabatan Pertanian Negeri Johor tidak ketinggalan menyertai program ini. Tuan Haji Yosri bin Mohd (Pengarah Pertanian Negeri Johor) telah meluangkan masa bersama-sama memberi semangat dalam persiapan memasak bubur lambuk yang berakhir jam 1.00 tengahari tadi.

Program Yang bermula dari 9.00 pagi telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir.

Program seperti ini diharap dapat merapatkan lagi komunikasi serta silaturahim diantara peserta dan setiap pek bubur lambuk tersebut akan diagihkan kepada golongan asnaf sempena Ramadan ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

MEDIA DIGITAL JOHOR

@top fans

#doajohor#doahq#buburlambuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *