Pejabat Pertanian Daerah Mersing

📌 BANTUAN TUNAI RM200 KEPADA PETANI AGROMAKANAN DUN TENGGAROH FASA 3.0

📅 Tarikh: 4 Mac 2026

📍 Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim

Penyerahan bantuan tunai RM200 kepada petani agromakanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Tenggaroh.

Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban para petani serta menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Selain itu, pengagihan juadah berbuka puasa juga turut dijalankan oleh beliau bersama para penerima bantuan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat dan keberkatan kepada semua. 🌾

#PertanianMersing

#PPMG2026

#BKJ3

#DUNTenggaroh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *