𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
.
.
𝟑 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Tinjauan Teknologi Pengusaha Penerima Insentif Tahun 2026 ke Projek Tanaman Bawang di Negeri Selangor sebagai inisiatif memperkukuh pembangunan industri tanaman bawang di Negeri Johor.
.
.
Tujuan tinjauan teknologi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan pengusaha dan pegawai berkaitan amalan agronomi, pengurusan ladang, penggunaan input pertanian yang efisien serta aplikasi teknologi moden dalam tanaman bawang bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil.
.
.
Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Rosdin bin Kimin, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
.
.
Turut serta dalam lawatan ini ialah:
Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pegawai Pertanian Daerah Segamat
Pengusaha Tanaman Bawang Daerah Kota Tinggi
Pengusaha Tanaman Bawang Daerah Segamat
.
.
Adalah diharapkan melalui tinjauan ini, para pengusaha dapat mengadaptasi teknologi yang bersesuaian seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengeluaran bawang tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada import. ![]()
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor komited dalam memperkasa sektor pertanian negeri melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti pengusaha secara berterusan.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Selangor

































