Syukur Alhamdulillah, Jabatan Pertanian Negeri Johor terus melakar kecemerlangan apabila menerima 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐆𝐞𝐨𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓.
Kejayaan ini menyaksikan DOA Johor mendahului negeri-negeri lain dengan pencapaian membanggakan oleh lima (5) orang Pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
Pelaporan maklumat pengembangan yang sistematik dan konsisten memainkan peranan penting dalam memastikan data berkaitan tanaman sentiasa terkini, tepat dan boleh dijadikan asas kepada perancangan serta keputusan strategik sektor pertanian negara.
.
Melalui penggunaan Sistem GeoTanaman (Modul e-AgroLaporan), maklumat lawatan lapangan dapat direkodkan secara digital bagi membantu Jabatan Pertanian memantau perkembangan tanaman, mengenal pasti isu di lapangan serta merangka intervensi yang lebih berkesan kepada komuniti petani.
.
Bertepatan dengan usaha memperkukuh budaya pelaporan berasaskan data, satu sesi penyampaian sijil penghargaan telah diadakan sempena Mesyuarat Pengembangan Jabatan Pertanian Bil. 1/2026 bagi meraikan Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan Tanaman (APT) dan Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) yang mencatatkan pengisian tertinggi Laporan Lawatan Pengembangan dalam Sistem GeoTanaman bagi tahun 2025.
.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen pegawai pengembangan dalam memastikan maklumat lapangan direkod secara konsisten dan berkualiti sekali gus menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan pengembangan pertanian di seluruh negara.
.
Antara penerima sijil penghargaan ialah Encik Mazlan bin Mohamed Salleh (AOD Kulai), Encik Mohd Najib bin Buang (APT Mersing), Encik Izzul Azfar bin Abu Bakar (APT Mersing), Puan Mimi Shazreen binti Mat Roh (APIAT Muar), Puan Zetti Azni binti Ayub (APIAT Batu Pahat), Encik Johanif bin Johari (AOD Alor Gajah), Puan Hazlinna binti Ahamad (APT Jasin), Encik Shahrul Nizam bin Ishak (AOD Kerian), Encik Mohamad Shamsul bin Markum (APT Perak Tengah), Encik Izzuddin Fahmi bin Mohd Nathir (AOD Tumpat), Encik Mazlan bin Ismail (APT Machang) dan Encik Izman bin Abd Wahab (APT Maran).
.
Penerima yang hadir ialah APT daerah Mersing, Encik Mohd Najib bin Buang serta APIAT daerah Muar, Puan Mimi Shazreen binti Mat Roh, manakala penerima lain diwakili oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan/Pengembangan) negeri masing-masing.
.
Turut hadir mewakili penerima ialah Puan Sri Ikarostika Rahayu binti Muhammad Ghazi bagi pihak Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) Negeri Perak dan Kelantan yang tidak dapat hadir.
.
Jabatan Pertanian berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada semua pegawai untuk terus memperkukuh amalan pelaporan digital dan budaya kerja berprestasi tinggi demi memastikan data pertanian negara sentiasa relevan, tepat dan responsif kepada keperluan semasa.





