𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐇𝐉 𝐌𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐄𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇
𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜
Komuniti KRT Cenderawasih Bandar Putra
𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜
Pengerusi KRT Cenderawasih:
En Alimudin Bin AB Hadi
Timbalan Pengerusi KRT:
En Solihan Hj Roshad
𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥
𝐄𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐉𝐚𝐬
Penolong Pegawai Pertanian
Ketua Bahagian Pembangunan
Pejabat Pertanian Daerah Kulai
𝙀𝙣 𝙕𝙪𝙡𝙠𝙞𝙛𝙡𝙞 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙗𝙨𝙖𝙝
Penolong Pegawai Pertanian
Ketua Bahagian Operasi
Pejabat Pertanian Daerah Kulai
𝐏𝐧 𝐒𝐚’𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐫𝐝𝐡𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐈𝐳𝐫𝐚`𝐚𝐢
Penolong Pegawai Pertanian
Agen Pengembangan Tanaman Mukim Senai
Lawatan ke Kebun Cenderawasih ini bertujuan memberi khidmat nasihat berkaitan pembuatan kompos daripada sisa dapur yang dirancang oleh komuniti setempat. Inisiatif ini membantu mengurangkan sisa buangan harian serta menghasilkan baja organik untuk kegunaan kebun komuniti.
Dalam lawatan ini, cadangan tanaman turut disyorkan antaranya pokok sabung nyawa, bunga telang, ros jepun, pegaga, limau nipis, limau kasturi, limau purut dan daun kari .Tanaman ini dipilih kerana mudah dijaga, sesuai dengan persekitaran setempat serta mempunyai nilai kegunaan harian sama ada sebagai herba, ulam, tanaman hiasan atau kegunaan dapur.
Secara keseluruhannya, lawatan dan khidmat nasihat ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan kebun komuniti yang lebih aktif dan mampan. Usaha menghasilkan kompos daripada sisa dapur serta penanaman tanaman bermanfaat bukan sahaja memberi pulangan kepada komuniti, malah menyumbang ke arah persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






