9hb Februari 2026 | Isnin
Kursus Teknologi Fertigasi Menggunakan Polybag Bantal
.
.
Lokasi : Taman Impian Emas
.
Penceramah:
Encik Muhammad Aqeelrudin Bin Jamaludin – Bahagian Agropreneur Muda dari Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Encik Hamid
Petani Fertigasi Bantal Tanaman Cili, Taman Impian Emas
Turut hadir :
Puan Nur Sakinah Binti Abdul Rahman
Bahagian Pengembangan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
.
Objektif kursus
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan tanaman Fertigasi berteknologi baru ( secara Polybag Bantal )
Membimbing dan mewujudkan usahawan pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran produk pertanian.
Telah berlangsung Kursus Teknologi Fertigasi Menggunakan Polybag Bantal in merupakan anjuran Usaha
Agritech Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Sistem Fertigasi Polybag Bantal ( pillow grow bag ) ialah inovasi penanaman berintensif tinggi Dan biasanya terdapat di Cameron Highlands, Pahang kini dibuktikan sesuai untuk lowland Malaysia ( tanah rendah ).
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan kebanyakkan peserta datang dari pelbagai jenis Tanaman dan peringkat umur. Mereka juga telah di beri penerangan bagi Program Agropreneur Muda anjuran Jabatan Pertanian Malaysia . Peserta telah diberikan Sijil Penyertaan Kursus dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
























