9 Febuari 2026 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuat lawatan kerja ke Syarikat RABBISYIFINA FOOD INDUSTRY di Pasir Gudang, Johor Bahru.
Syarikat ini diusahakan oleh En Muhammad Qutham Bin Khairuddin yang berumur 33 tahun. Perusahaan ini telah bermula pada tahun 2010 dengan mengeluarkan produk mee berasaskan pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah, bayam dan labu.
Usahawan ini telah menerima insentif berupa mesin penguli 25kg pada tahun 2014 yang bernilai RM 10,000.00. Pada tahun 2025 pula beliau menerima mesin penghancur sayur dan mesin pembungkusan automatik yang berjumlah RM 43,000.00 keseluruhan.
Semoga dengan usaha ini dapat meningkatkan pengeluran dan menambah pendapatan usahawan ini pada masa akan datang.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan















