9 Febuari 2026 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah hadir ke Taman Pertanian Johor.
Taman Pertanian Negeri Johor ini telah wujud sejak tahun 1962 dengan keluasan 104.72 Ha dibawah pengurusan Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Taman Pertanian Negeri Johor menawarkan aktiviti Agropelancongan dengan kemudahan tapak perkhemahan, dewan terbuka dan pelbagai jenis tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan madu kelulut.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengalu-alukan semua pihak yang ingin merasai pengalaman agropelancongan dan berkunjung ke Taman Pertanian Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan














