PEJABAT PERTANIAN DAERAH MERSING

📌 Deseminasi Teknologi Produk Hiliran Kelapa serta Lawatan Pengembangan Pegawai ke Bayu Lestari Island Resort

📆 3–4 Februari 2026

📍 Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang diberi pendedahan secara praktikal dalam penghasilan produk berasaskan kelapa, iaitu:

🥥 Puding Kelapa

🍨 Aiskrim Kelapa

✨ Penceramah:

Pn. Nurul Hafawati binti Hamisan

(APT Daerah Mersing)

Selain itu, demonstrasi berkaitan teknologi tanaman dan penjagaan tanaman turut diberikan kepada pekerja resort, melibatkan tanaman seperti kelapa, nanas, ubi, pisang dan sayur-sayuran.

Pihak pemilik resort berhasrat agar melalui kerjasama ini, projek Kitchen Garden dan Agropelancongan (Agrotourism) di Pulau Besar dapat direalisasikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Rosmawati binti Sayuti, pemilik Bayu Lestari Island Resort, atas jemputan serta kepercayaan yang diberikan.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada komuniti setempat serta membuka peluang nilai tambah dan keusahawanan agro. 🌿

#PertanianMersing

#KursusPPMG

#aktivitippmg26

#ppmg26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *