𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗔𝗜

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐍𝐃𝐒-𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

𝗣𝗮𝗱𝗮

3 – 4 Februari 2026

𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶

I-Man Resort Gunung Pulai

𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿

HJ mazlan Bin Mohamed Salleh

Pegawai Pertanian Daerah

Kursus ini memberi pendedahan penting kepada peserta berkaitan amalan baik dalam pengurusan tanaman durian dan cempedak supaya hasil lebih berkualiti dan produktif.

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 & 𝗨𝗺𝘂𝗿 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶

Pangkasan durian sangat penting bagi memastikan pokok membesar dengan struktur yang seimbang, pengudaraan yang baik dan cahaya matahari mencukupi. Antara kelebihan pangkasan ialah mengurangkan risiko penyakit, memudahkan penjagaan serta meningkatkan pengeluaran buah.

Pangkasan boleh mula dilaksanakan seawal umur 1–2 tahun, iaitu semasa pokok masih muda untuk membentuk rangka pokok, dan diteruskan secara berkala apabila pokok matang.

𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 & 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻

Penjagaan tanaman durian merangkumi pembajaan mengikut jadual, penyiraman mencukupi, kawalan rumpai dan pemantauan kesihatan pokok. Kawalan perosak dan penyakit seperti pengorek batang, ulat daun dan penyakit reput akar perlu dilakukan secara bersepadu menggunakan kaedah kultur, mekanikal dan racun yang disyorkan. Pemantauan berkala sangat penting bagi mengelakkan kerosakan yang serius.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗝𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 & 𝗕𝗲𝘁𝗶𝗻𝗮 𝗖𝗲𝗺𝗽𝗲𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮𝗮𝗻

Dalam tanaman cempedak, bunga jantan dan bunga betina dapat dikenal pasti melalui bentuk dan kedudukannya. Bunga jantan biasanya lebih kecil dan menghasilkan debunga, manakala bunga betina lebih besar dan berpotensi menjadi buah.

Proses persenyawaan boleh dibantu secara manual dengan memindahkan debunga daripada bunga jantan ke bunga betina bagi meningkatkan kadar pembentukan buah atau jerami, terutamanya jika pendebungaan semula jadi kurang berlaku.

Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan membantu meningkatkan kefahaman dalam pengurusan tanaman durian dan cempedak. Ilmu dikongsi, hasil bertambah

.

.

.

.

Jabatan Pertanian Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *