PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLUANG
•
•
LAWATAN PENGEMBANGAN
PEGAWAI PERTANIAN DAERAH KLUANG
•
•
Tarikh : 30 Januari 2026
Lokasi : Kampung Teminggol, Kahang
Nama Petani : Sani bin Sukon
Tanaman : Projek Baru Penanaman Durian
Satu lawatan pengembangan telah dijalankan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kluang, K/U Kejuruteraan Ayer Hitam, Ketua Bahagian Operasi, PPD Kluang ke Projek Baru Penanaman Durian bagi Khidmat nasihat sistem pengairan kepada petani sebelum bertanam.
Sistem pengairan penting bagi penanaman durian semasa kecil kerana bekalan air yang mencukupi dan konsisten membantu perkembangan akar, mempercepatkan pertumbuhan pokok serta mengurangkan risiko tekanan air pada musim kemarau. Pengairan yang teratur dapat memastikan nutrien diserap dengan baik bagi mengelakkan pokok mati akibat kekurangan air.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan





