𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑰𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑲𝑼𝑳𝑨𝑰
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026
𝗣𝗔𝗗𝗔 : 28 JANUARI 2026 | RABU |
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 11.00 PAGI
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 :DEWAN TUN SULAIMAN NINAM SHAH BANGUNAN UMNO BAHAGIAN MUAR
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, diikuti Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Penjawat Awam sebagai tanda komitmen dan kesetiaan kita terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Seterusnya majlis diteruskan dengan amanat pengarah pertanian negeri johor Tn haji Yosri bin Mohd.
Sebagai penjawat awam, kita memikul tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti, amanah dan profesionalisme. Setiap peranan yang digalas bukan sekadar satu kewajipan, malah satu khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Johor khususnya. Nilai disiplin, kejujuran dan kerjasama perlu sentiasa menjadi teras dalam setiap tindakan agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti dan berkesan.
Majlis Amanat ini menjadi wadah penting untuk kita memperkukuhkan tekad, menyelaraskan hala tuju serta menyemai semangat kebersamaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kami warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kulai dengan penuh iltizam dan semangat berpasukan akan terus berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan, memperkukuh kecekapan kerja serta melaksanakan tugas dengan dedikasi yang tinggi demi kemajuan sektor pertanian dan kesejahteraan masyarakat. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan diberkati.
.
.







