Kenyataan Sebutharga.

JPNJ (S) 03/2026(N)

Tajuk Sebutharga :

MEMBEKAL, MENGHANTAR & MENGUJICUBA DENGAN SEMPURNA PAKEJ LENGKAP DRON KERJA KEPADA

PESERTA JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR TAHUN 2026

Tarikh Iklan : 26 Jan 2026 (Isnin)

Tarikh Tutup : 05 Feb 2026 (Khamis)

1. Pembekal yang ingin memasuki sebutharga ini adalah dikehendaki mengeluarkan Wang Kiriman Pos , Bank Deraf atau Cek berharga RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) yang dibuat atas nama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor sebagai bayaran dokumen sebutharga tersebut.

2. Dokumen sebutharga hanya akan dijual kepada pemilik syarikat atau wakil syarikat yang membawa surat wakil kuasa dibenarkan dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sebagai pengesahan dan mempunyai Kod Bidang berkaitan sahaja. (Sila bawa salinan sijil Kementerian Kewangan yang mempunyai Kod Bidang berkaitan. (salinan sijil ini tidak akan dikembalikan)

3. Borang sebutharga boleh dibeli dan didapati di Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tingkat 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79000 Iskandar Puteri Johor.

4. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tingkat 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79000 Iskandar Puteri Johor. Sebelum jam 12.00 tengahari. 05 Feb 2026 (Khamis)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *