MESYUARAT PEMBUKAAN PELAN AUDIT DALAM ISO/IEC 17065:2012 PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA TAHUN 2026

Audit Dalam ISO/IEC 17065:2012 Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia bertujuan untuk memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia diaudit bagi mengesahkan proses pensijilan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan tindakan pembetulan serta penambahbaikan akan dibuat secara berterusan. Pengauditan Jabatan Pertanian Negeri Johor dijadualkan akan bermula pada 20 sehingga 22 Januari 2026 secara fizikal. Daerah yang turut terlibat adalah Pejabat Pertanian Daerah Pontian dan Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat.

Ucaptama disampaikan oleh:

Encik Mohd Hafiz Bin Ramly

Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pegawai Audit yang terlibat :

Puan Dayang Mazadah Binti Awang Danen (Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Putrajaya)

Encik Soffian Bin Othman (Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman)

Encik Mohd Syafiq Bin Sulaiman (Jabatan Pertanian Negeri Selangor)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *