KOTA ISKANDAR, 5 Januari 2026 – Urusan persaraan Tuan Haji Hamka bin Arpan, Penolong Pegawai Pertanian Gred G7 (TBK) yang bertugas di Pusat Pertanian Ayer Hitam akan bersara pilihan mulai 1 April 2026 pada usia 56 tahun.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi tuan kami tak lupa.
Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Selamat Menikmat Alam Persaraan.







