Awas jika anda mendapat tawaran kontrak bekalan dari Jabatan Pertanian Negeri Johor sama ada dalam bentuk aplikasi Whatsapp, Telegram atau mana-mana saluran media yang menggunakan nama pihak jabatan, sila terus rujuk ke Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran atau terus ke Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Pihak jabatan tidak pernah menawarkan tawaran kontrak bekalan atau apa juga kerja-kerja yang melibatkan sektor pertanian secara lantikan terus atau βdirect orderβ. Pihak jabatan tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua penipuan yang terjadi dan tidak akan memberi ganti rugi dari kes-kes seperti ini.
Jika ianya terjadi, sila buat laporan polis dan sentiasa berwaspadalah dengan modus operandi sindiket penipuan ini yang menggunakan nama jabatan kerajaan sebagai objek penipuan mereka.
Buat semakan, rujukan serta siasatan sebelum menerima tawaran seperti ini yang melibatkan nama Jabatan Pertanian Negeri Johor atau Pejabat Pertanian Daerah. Pihak jabatan akan cuba memberi kerjasama yang terbaik dalam menangani masalah dari sindiket penipuan ini.
Harap maklum.
Peringatan dari :
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
@top fans


