Komitmen Kerajaan Negeri Dalam Pembangunan Sawah Padi Di Johor

Pembangunan sawah padi di Johor tertumpu kepada peningkatan produktiviti, termasuk pembukaan kawasan baharu dan pemberian insentif, dengan sasaran meningkatkan pengeluaran dan memenuhi sekuriti makanan negeri.

Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan infrastruktur sawah luar jelapang turut disokong melalui peruntukan khas berjumlah RM 2.5 Juta seperti mana yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2026.

Hasrat YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, yang diterajui oleh YB Dato Zahari Sarip., Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor akan menyasarkan peningkatan pengeluaran padi per hektar melebihi purata nasional.

Antara insentif yang akan ditingkatkan adalah seperti memperluaskan lagi kawasan tanaman, pengapuran tanah, pembajaan, mekanisasi, dan pembaikan infrastruktur.

Program ini akan disalurkan kepada pesawah secara individu atau berkelompok di bawah pengawasan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Usaha ini adalah salah satu denyutan nadi Maju Johor dibawah Kerajaan Negeri Johor seperti mana yang dibentangkan ketika Belanjawan Johor 2026 bertemakan β€˜Bangsa Johor Sejahtera’ pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2026) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15.

Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor

Terima Kasih YAB Menteri Besar Johor

Terima Kasih YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Jabatan Pertanian Malaysia

Yosri Mohd

MEDIA DIGITAL JOHOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *