HASIL NEGERI DIPULANG KEPADA RAKYAT MENERUSI BANTUAN KASIH JOHOR
Kerajaan Negeri menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) di bawah Belanjawan Johor 2026 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM170 juta yang bakal memanfaatkan lebih 330,000 penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat di seluruh negeri ini.
YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memaklumkan, pelaksanaan BKJ menjadi manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri terhadap rakyat, seiring dengan prinsip βhasil negeri dipulangkan kepada rakyatβ di bawah Agenda Maju Johor, sekali gus menzahirkan iltizam setiap hasil negeri disalurkan kembali kepada mereka yang memerlukan seperti golongan anak yatim, pesara, petani hingga pelajar.
Pelaksanaan BKJ ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan sosial rakyat Johor agar tiada yang tercicir daripada arus kemajuan negeri, sekali gus menjadi lambang kasih dan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan rakyat serta mencerminkan tanggungjawab sosial untuk memastikan kemakmuran negeri dinikmati secara adil dan saksama oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.
Antara 23 inisiatif diperkenalkan di bawah BKJ 2026, salah satu inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat terutama kepada golongan petani, pengusaha industri asas tani serta penggerak agrotani di negeri Johor adalah bantuan sebanyak RM200 yang dilanjutkan buat kali kedua bagi menghargai segala jasa pejuang agrotani ini.
Berteraskan semangat Bangsa Johor, semua pihak dilihat sebagai rakan kongsi penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri menuju tahun 2030, manakala Belanjawan Johor 2026 sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan dalam setiap dasar dan pelaksanaannya.
Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor
Terima Kasih YAB Menteri Besar Johor
Terima Kasih YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negari Johor


