Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pameran Bersama Agensi di Program Kembara Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KAWAN) & Konsultasi Bersama Komuniti
Anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taβazim (YPKDT)
16 November 2025 (Ahad)
Dewan Terbuka FELDA Tenggaroh 3
Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah turut serta menjayakan pameran sempena Program KAWAN dan sesi Konsultasi Bersama Komuniti yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan.
Melalui penglibatan ini, pelbagai teknologi pertanian terkini, maklumat teknikal serta khidmat nasihat turut dikongsikan kepada para pengunjung. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi mampan dan gaya hidup yang lebih sihat. ![]()
![]()
Usaha bersepadu ini juga selaras dengan komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Jabatan Pertanian Malaysia dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan pertanian yang progresif.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor








