𝟔 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐑𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 telah disempurnakan dengan penuh meriah oleh YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.
Dalam ucapan beliau, YB Dato’ menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Usahawantani dan Jabatan Pertanian atas komitmen serta kreativiti dalam memperkukuh budaya inovasi.
Beliau turut menyatakan bahawa sebanyak 42 idea inovasi baharu telah diketengahkan pada tahun ini, manakala keseluruhan adalah 65 pemenang menerima Anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2025 — meliputi pelbagai kategori antaranya Anugerah Inovasi, Anugerah Khas Jabatan Pertanian, Anugerah Penghargaan dan termasuk Anugerah Pertandingan Video Pengembangan Inovatif.
YB turut menegaskan bahawa inovasi bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan sektor pertanian kekal mampan, produktif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta perubahan iklim global.
Selaras dengan tema tahun ini —“SINERGI INOVATIF, MAJU JOHOR PROGRESIF” beliau menyeru agar budaya inovasi terus dijadikan amalan harian dalam setiap lapisan kerja, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 (PPMJ 2030) dan visi Maju Johor 2030.
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan warga Jabatan Pertanian Negeri Johor atas semangat inovasi yang berterusan!
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan













































































