28 Oktober 2025 l Ayer Hitam

Taklimat Skop Projek dan Insentif Projek Pembangunan Tahun 2026 telah diadakan bertujuan memberi penerangan yang jelas dan tepat mengenai skop projek serta insentif yang boleh dimohon oleh golongan sasar. Program ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan tahun 2026 mendapat manfaat optimum melalui pelbagai insentif yang disediakan oleh Jabatan Pertanian.

Seramai 100 orang peserta telah hadir, terdiri daripada Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan Tanaman, Agen Pengembangan Industri Asas Tani serta Pegawai Penyiasat Projek Pembangunan Tahun 2026.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Melalui sesi ini, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang diperoleh agar golongan sasar menerima manfaat insentif dengan lebih berkesan demi memperkukuh sektor pertanian negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *