Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Penanaman Menggunakan Teknologi Transplanter di Sawah Air Papan, Mersing (Musim Utama 2025/2026)
23 Oktober 2025
Teknologi Transplanter merupakan salah satu insentif pembangunan sawah Negeri Johor bagi membantu pesawah meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja di lapangan.
Antara kelebihannya:
Menjimatkan masa dan tenaga kerja
Mengurangkan kos operasi
Penanaman seragam dan berkualiti
Pertumbuhan tanaman lebih sihat
Hasil lebih tinggi dan stabil
Bagi musim ini, sebanyak 12 ekar melibatkan lapan orang pesawah telah menggunakan teknologi Transplanter buat kali pertama di kawasan Sawah Air Papan, Mersing.
Pelaksanaan ini diselia oleh En. Saiful Shahrin bin Khamis, APT Mukim Tenglu & Penyabong.
Semoga langkah ini menjadi contoh dan dapat diperluas ke seluruh kawasan sawah pada musim akan datang. ![]()
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor











